Wednesday, November 16, 2011

PENGAMBILAN PELAJAR BARU


PENGAMBILAN BARU
NOV/DIS 2011
Untuk keterangan lanjut
TEL:(+606-284 1213)
EMAIL:phm_melaka@yahoo.com

(Anda juga boleh memberi nama,alamat penuh,no tel dan email untuk pihak kami menghantar broucher  tentang program yang ditawarkan)


Tuesday, November 15, 2011

PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT



    Fenomena globalisasi akan terus memberi impak dan cabaran kepada semua negara di dunia khususnya di negara membangun seperti Malaysia. Untuk mengatasi cabaran globalisasi, Malaysia perlu mengatur strategi serta mengambil langkah proaktif untuk mengupayakan dirinya berdaya saing dan terus maju melalui pencapaian modal insan yang berkualiti, berkemahiran dan berpengetahuan tinggi.

    Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) merupakan saluran pembelajaran sepanjang hidup utama bagi seseorang individu, sehaluan dengan sistem pendidikan negara dari peringkat prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, prauniversiti dan seterusnya pengajian tinggi. Malah PSH merupakan tonggak ketiga dalam pembangunan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran tinggi selain daripada pendidikan asas dan pendidikan tertiari negara.

     Program PSH adalah agenda utama negara dalam pembangunan modal insan. Berdasarkan Pelan Induk PSH untuk Malaysia 2011-2020, fokus diberi kepada kumpulan peserta yang berumur antara 15 hingga 64 tahun memandangkan kumpulan tersebut merupakan golongan rakyat yang masih aktif dan produktif bagi memaju dan membangunkan ekonomi negara.



    Dalam konteks keperluan negara, PSH ditakrifkan sebagai semua pembelajaran yang dilalui oleh seseorang individu dalam lingkungan umur 15 tahun ke atas kecuali pelajar profesional. Pelajar profesional adalah golongan pelajar yang menyertai pendidikan sepenuh masa sama ada di sekolah, kolej, institusi latihan ataupun universiti dengan matlamat akan memasuki pasaran kerja buat pertama kali bagi individu tersebut.

    Unjuran penduduk Malaysia adalah seramai 34.2 juta orang menjelang tahun 2020 dan golongan 
pekerja yang berada dalam lingkungan umur antara 15 hingga 64 tahun adalah sebanyak 26.2 juta orang. Maka potensi dan permintaan untuk program PSH disalurkan kepada rakyat jelata adalah jelas bagi tujuan peningkatan kemahiran dan pengetahuan yang seterusnya dapat menyumbangkan nilai dan pembangunan ekonomi negara. Sasaran Pelan Induk Pembudayaan PSH untuk Malaysia adalah 50% daripada penduduk berumur 15 hingga 64 tahun akan berpeluang menyertai program peningkatan diri PSH menjelang tahun 2020. Usaha ini akan memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 13.1 juta orang penduduk.

      PSH yang dilaksanakan oleh IPT menggunakan pendekatan pendidikan jarak jauh, pendidikan fleksibel, pengiktirafan pengalaman bekerja (recognition of prior learning) dan penawaran kursus pendek bagi peningkatan pengetahuan dan kemahiran diri.

Wednesday, August 10, 2011

PENGAMBILAN PELAJAR


Untuk keterangan lanjut:
Tel: +606-284 1213
Email: phm_melaka@yahoo.com

(anda juga boleh memberikan nama penuh,alamat,no tel dan 
email untuk pihak kami menghantar broucher tentang program yang ditawarkan)


Tuesday, February 22, 2011

SEMINAR KUALITI PENDIDIKAN DALAM PENGURUSAN TASKA/TADIKA


    Pada 20 Feb 2011 yang lalu PHM Melaka telah mengadakan satu seminar yang bertajuk "KUALITI PENDIDIKAN DALAM PENGURUSAN TASKA/TADIKA" yang telah diadakan Melaka Learning Centre.Terima kasih kepada CEO PHM SDN BHD kerana sudi datang pada seminar ini dan juga kepada staf-staf yang terlibat dalam menjayakan program ini.







JUMPA LAGI PADA SEMINAR YANG AKAN DATANG....

Tuesday, January 25, 2011

AUTHORIZED LEARNING CENTRE

Assalamualikum dan selamat pagi malaysia...